Suasuatu yang terfikir .... Perpaduan & Perpecahan
Wednesday, 1 May 2013
Sedang aku memandu balik dari Sepang ke KL, banyak poster yang aku nampak.. PAS, BN, ROKET dan sebagainya. Tiba2 aku terfikir lalu bemonolg.. "Hmmm... kenapalah orang melayu ni susah sangat nk bersatu ... Wahai orang UMNO kenapakah kamu menolak PAS? dan wahai orang PAS kenapakah kamu menolak UMNO? Wahai UMNO, adahkah HUDUD yang kamu takutkan? Slogan kamu mengatakan, agama, bangsa dan negara. Jadi apa yang kamu risaukan pasal hudud? Kamu risau kawan-kawan di dalam barisan marah kah? Di dalam perlembagaan negara kita, ISLAM adalah agama rasmi dan ia telah pon di persetujui oleh wakil kaum yang terdahulu... Hah! apa lagi yang nak di risaukan? teruskan sahaja lah hukum hudud tu.. Hukum ini adalah hukum yang di ciptakan Allah s.w.t untuk umat manusia akhir zaman. Kamu tak perlu takut untuk melaksanakan nya. Ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, hukum hudud di jalankan ke atas semua masyarakat tidak mengira bangsa dan agama. Semua rakyat yang duduk di dalam negara islam tertakluk di bawah hukum hudud yang di jalankan. Tiada pula huru hara yang berlaku. Jadi selagi ingin saya katakan JANGAN TAKUT untuk laksanakan hukum hudud. Kepada saudara ku PAS, janganlah kamu mengatakan yang UMNO bukan islam, undi UMNO masuk neraka. Syurga dan neraka bukan lah kita yang tentukan, tetapi yang diatas sana yang menentukan. Mereka juga islam seperti kamu yang juga memperjuangkan agama islam yang indah ini. BERSATUlah... sekiranya kita bersatu, nescaya kita akan dapat memperbaiki negara kita ini..." Akhir kata ingin saya ingatkan bahawa kenapa kerajaan melaka yang sangat gah suatu ketika dahulu boleh runtuh dengan mudah. Jawapannya PERPECAHAN...Sekian.
Labels:
belasah otak,
belasah politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment