Pages

Bra dan Spender Merah Sharifah Sakinah?

Sunday 12 May 2013




#OHMALAYSIAKU ..... Pe nak jadi dah artis malaysia ni.... belakon takde la hebat mane... dah buat video2 gedik yang boleh menjatuh kan maruah. Syang2.... Im one of your fan...but not anymore.... SEDIH... tapi tak pa.. kami akan tengok ugak...

Rosalinda & Man Khan - Dok Mano?

Terdengar lagu ni semalam mase driving, terlayan plak. Lagi pon skrang dah trend lagu gune loghat. Heheheh.. Style ape lagu ni.. lagi best dari lagu "rosalinda welcome to malaysia". Tak percaye dengar dlu.... Im not Kelantanese.. but I like it a lot!


Pengemis Jalanan ..... OHMALAYSIA KU!

Saturday 11 May 2013


Sebentar tadi baru je ternampak seorang pengemis sedang meminta sedekah di persimpangan traffic light dihadapan stesen lrt Jelatek. Banyak tande tanye yang bermain di fikiran...

Persoalan:
1. Macam mane boleh ade pengemis dekat sini?
2. Orang Malaysia ke?
3. Kalau orang asing, macam mana dia boleh datang Malaysia? Banyak Duit dia?
4. Sindiket ke?
5. Nak bagi derma ke?

Hmmm. kesimpulannye, amek gambar dan buat bodoh je...OHMALAYSIA KU!!!

Lagi Isu Dakwat Kekal PRU13!

Sunday 5 May 2013

Sebok sangat nak kekal kan dakwat kat jari korang tu. Cube tengok video ni. Silap2 kekal sampai next election. HAHAHAHAHHAHA


Terimalah Keputusan Itu Seadanya.

Saya bukan nak menyemarakkan sikap perkauman, tetapi saya ingin mencela sikap sesetengah pihak selepas kalah dalam PRU 13. Lihat gambar dibawah, bagaimana sekumpulan kelompok menerima kekalahan.


Inikah caranya? perlukah sampai begini? Inikah demokrasi yang di perjuangkan?  Ada juga meminta bantuan campur tangan asing. Perlukah begini? Perlukah kita jadi seperti Libya yang mana kerajaan nya di gulingkan dengan kehadiran tentera NATO? 




Ingatlah, janganlah dek gilakan kuasa, negara kita tergadai. Bangunlah bangsa ku. Bangunlah!!! Tak perlu kita mengulangi pertumpahan darah yang pernah berlaku suatu ketika dulu. Keamanan bukanlah suatu yang mudah untuk di kecapi. Ia hasil perjuangan generasi terdahulu. Jadi jangan lah di sia2kan. 




PRU13 Selesai!


Secara umum nya, kita telah tahu parti manakah yang bakal menerajui kerajaan selama 5 tahun lagi. Ya, BARISAN NASIONAL. BN telah pun di beri mandat sekali lagi untuk menerajui MALAYSIA. Ini menunjukkan bahawa rakyat masih lagi percaya dengan Dato Sri Najib untuk menjalankan program transformasinya. Jadi marilah kita bersama2 menerima keputusan ini secara terbuka, dan bersama2 membangunkan negara malaysia ini. Walaupun negara kita ni tidak lah sebesar mana, tetapi ini adalah tanah tempat tumpah darah ku, dan akan ku pertahankan selamanya. Di harap, tiada rusuhan yang akan berlaku seperti yang war2kan di media sosial mengenai bantahan keputusan pilihan raya semalam, kerana ia bakal menggugat kesejahteraan dan keamanan negara. Jika ada bantahan yang akan di buat sekali pun, buat lah secara aman dan bukannya dengan berdemo atau pun bergaduh  di jalanan. -Peace-


Koleksi "Ghost" dari FB!

Saturday 4 May 2013

Percaya atau tidak mereka adalah pengundi ....... ? terpulang kepada anda.. ini adalah kompilasi video yang dirakam dan di sebar kan oleh rakan-rakan di FB.








VOTING DAYS!!!! PRU13




Saya telah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara MALAYSIA! Ink biru di jari telunjuk kiri masih lagi kekal sebagai bukti. Pemerhatian saya ketika mengundi tadi,adalah  ia telah berjalan dengan lancar, tiada pergaduhan, tiada "ghost" seperti maklumat2 risikan yang tersebar di internet. tetapi ada beberapa rakan di FB berjaya menangkap "ghost" di kawasan undi mereka dan kesahihan belum dapat di muktamadkan. Jadi di harap kepada semua yang belum keluar mengundi untuk keluar mengundi, jangan takut dalam melaksanakan tanggungjawab anda dan redha dengan keputusan yang bakal kita terima pada malam ini ok? we are still friends in the of the day. Peace!!!




Dont be an IDIOT!


It is just about the brand ..... choose wisely. HEHEHHEH

Pertahankan Tempat Undi Anda!


Dari risikan A.B.U. inilah tempat di mana "Ghost" akan di tempatkan. Salah satu tempat yang tertulis adalah di kawasan undi saya. Jadi sejauh mana kebenaran maklumat risikan ini? Akan kita pastikan ESOK! 
Jika benar apa di kata... akan ku pertahankan hak ku sebagai rakyat MALAYSIA! jika ia bertukar dusta, maka tanggunglah dosanya...

Saya TOLAK budaya samseng!

Tadi semasa menonton tv3, Tv3 melaporkan bahawa konvoi BN telah di serang di ipoh dan pergaduhan telah berlaku. Video yang dipaparkan memang menunjukkan sebuah pergaduhan sedang berlaku dan dikatakann ketua konvoi telah berjaya meleraikan keadaan. Jadi rasa "curiousity" yang wujud dalam diri ini untuk mencari penjelasan dari pihak seberang dan terjumpalah video dibawah.

 

Video ini menunjukkan cerita yang lebih panjang dan munkin agak jelas, Jadi terpulanglah kepada anda yang membaca untuk menentukan siapa yang berada di pihak yang benar. Akhir kata,SAY NO SAMSENG! SAVE MALAYSIA!


Pelan Huru Hara 5 MEI 2013?

Wednesday 1 May 2013


Pelan apa ini? Pelan pembangunan? pelan tapak? atao pelan kehancuran? Hmm. harap ia tidak berlaku seperti "pelan"kan.... Kalah menang adat perlawanan.. Kalau kalah balik la dengan aman janganlah membuat huru hara plak.. Ish2....Kepada pejuang2 pkr ... Betul ke pelan ni? kalau betul nak kene pegi beli barang ni...

Suasuatu yang terfikir .... Perpaduan & Perpecahan

Sedang aku memandu balik dari Sepang ke KL, banyak poster yang aku nampak.. PAS, BN, ROKET dan sebagainya. Tiba2 aku terfikir lalu bemonolg.. "Hmmm... kenapalah orang melayu ni susah sangat nk bersatu ... Wahai orang UMNO kenapakah kamu menolak PAS? dan wahai orang PAS kenapakah kamu menolak UMNO? Wahai UMNO, adahkah HUDUD yang kamu takutkan? Slogan kamu mengatakan, agama, bangsa dan negara. Jadi apa yang kamu risaukan pasal hudud? Kamu risau kawan-kawan di dalam barisan marah kah? Di dalam perlembagaan negara kita, ISLAM adalah agama rasmi dan ia telah pon di persetujui oleh wakil kaum yang terdahulu... Hah! apa lagi yang nak di risaukan? teruskan sahaja lah hukum hudud tu.. Hukum ini adalah hukum yang di ciptakan Allah s.w.t untuk umat manusia akhir zaman. Kamu tak perlu takut untuk melaksanakan nya. Ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, hukum hudud di jalankan ke atas semua masyarakat tidak mengira bangsa dan agama. Semua rakyat yang duduk di dalam negara islam tertakluk di bawah hukum hudud yang di jalankan. Tiada pula huru hara yang berlaku. Jadi selagi ingin saya katakan JANGAN TAKUT untuk laksanakan hukum hudud. Kepada saudara ku PAS, janganlah kamu mengatakan yang UMNO bukan islam, undi UMNO masuk neraka. Syurga dan neraka bukan lah kita yang tentukan, tetapi yang diatas sana yang menentukan. Mereka juga islam seperti kamu yang juga memperjuangkan agama islam yang indah ini. BERSATUlah... sekiranya kita bersatu, nescaya kita akan dapat memperbaiki negara kita ini..." Akhir kata ingin saya ingatkan bahawa kenapa kerajaan melaka yang sangat gah suatu ketika dahulu boleh runtuh dengan mudah. Jawapannya PERPECAHAN...Sekian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...