Secara umum nya, kita telah tahu parti manakah yang bakal menerajui kerajaan selama 5 tahun lagi. Ya, BARISAN NASIONAL. BN telah pun di beri mandat sekali lagi untuk menerajui MALAYSIA. Ini menunjukkan bahawa rakyat masih lagi percaya dengan Dato Sri Najib untuk menjalankan program transformasinya. Jadi marilah kita bersama2 menerima keputusan ini secara terbuka, dan bersama2 membangunkan negara malaysia ini. Walaupun negara kita ni tidak lah sebesar mana, tetapi ini adalah tanah tempat tumpah darah ku, dan akan ku pertahankan selamanya. Di harap, tiada rusuhan yang akan berlaku seperti yang war2kan di media sosial mengenai bantahan keputusan pilihan raya semalam, kerana ia bakal menggugat kesejahteraan dan keamanan negara. Jika ada bantahan yang akan di buat sekali pun, buat lah secara aman dan bukannya dengan berdemo atau pun bergaduh di jalanan. -Peace-
PRU13 Selesai!
Sunday, 5 May 2013
Koleksi "Ghost" dari FB!
Saturday, 4 May 2013
Percaya atau tidak mereka adalah pengundi ....... ? terpulang kepada anda.. ini adalah kompilasi video yang dirakam dan di sebar kan oleh rakan-rakan di FB.
VOTING DAYS!!!! PRU13
Pertahankan Tempat Undi Anda!
Dari risikan A.B.U. inilah tempat di mana "Ghost" akan di tempatkan. Salah satu tempat yang tertulis adalah di kawasan undi saya. Jadi sejauh mana kebenaran maklumat risikan ini? Akan kita pastikan ESOK!
Jika benar apa di kata... akan ku pertahankan hak ku sebagai rakyat MALAYSIA! jika ia bertukar dusta, maka tanggunglah dosanya...
Saya TOLAK budaya samseng!
Tadi semasa menonton tv3, Tv3 melaporkan bahawa konvoi BN telah di serang di ipoh dan pergaduhan telah berlaku. Video yang dipaparkan memang menunjukkan sebuah pergaduhan sedang berlaku dan dikatakann ketua konvoi telah berjaya meleraikan keadaan. Jadi rasa "curiousity" yang wujud dalam diri ini untuk mencari penjelasan dari pihak seberang dan terjumpalah video dibawah.
Video ini menunjukkan cerita yang lebih panjang dan munkin agak jelas, Jadi terpulanglah kepada anda yang membaca untuk menentukan siapa yang berada di pihak yang benar. Akhir kata,SAY NO SAMSENG! SAVE MALAYSIA!
Pelan Huru Hara 5 MEI 2013?
Wednesday, 1 May 2013
Pelan apa ini? Pelan pembangunan? pelan tapak? atao pelan kehancuran? Hmm. harap ia tidak berlaku seperti "pelan"kan.... Kalah menang adat perlawanan.. Kalau kalah balik la dengan aman janganlah membuat huru hara plak.. Ish2....Kepada pejuang2 pkr ... Betul ke pelan ni? kalau betul nak kene pegi beli barang ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)



